JPPH - Official Portal

JABATAN PEMBANGUNAN &
PENGURUSAN HARTA

Tentang Kami

Jabatan Pembangunan & Pengurusan Harta (JPPH) adalah merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan bangunan dan kemudahan serta pengurusan harta gunasama Universiti termasuk kenderaan Universiti.Pada peringkat awal penubuhan KUKTEM (sekarang ini dikenali sebagai Universiti Malaysia Pahang) pada tahun 2002, JPPH telah beroperasi pada skala yang kecil dengan fungsinya dijalankan oleh Unit Teknikal & Unit Kenderaan. Kedua-dua unit ini telah melaksanakan semua cabang peranan yang meliputi kerja-kerja awam, elektrik, mekanikal, pengurusan harta & logistik universiti.

Sejajar dengan perkembangan pertambahan bilangan staf dan pembesaran fizikal UMP serta memantapkan lagi struktur organisasinya ke arah pengurusan pembangunan & pengurusan harta yang lebih efektif, maka tiga (3) bahagian utama telah diwujudkan iaitu:

• Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Harta

• Bahagian Pembangunan & Rekabentuk

• Bahagian Penyelenggaraan

Setiap bahagian tersebut telah diketuai oleh seorang Jurutera/Arkitek/Penolong Pendaftar serta disokong oleh beberapa staf sokongan teknikal dan pentadbiran.