JPPH - Official Portal

JABATAN PEMBANGUNAN &
PENGURUSAN HARTA

Aluan Pengarah JPPH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Terlebih dahulu, saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat melancarkan Portal Jabatan Pembangunan & Pengurusan Harta, Universiti Malaysia Pahang. Portal Jabatan ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada Staf dan orang ramai mendapatkan maklumat dan fakta mengenai jabatan ini serta perkhidmatan yang disediakan. Selain itu, portal ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mengutarakan pandangan, pendapat dan maklumbalas selain membuat sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan jabatan.


Akhir kata, semoga maklumat dalam portal ini dapat membantu pengunjung menambah pengetahuan dan manfaat dariapadanya.


Selamat melayari Portal Jabatan Pembangunan & Pengurusan Harta, Universiti Malaysia Pahang.