JPPH - Official Portal

JABATAN PEMBANGUNAN &
PENGURUSAN HARTA

Latarbelakang JPPH

LATAR BELAKANG JABATAN


Jabatan Pembangunan & Pengurusan Harta (JPPH) adalah merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan bangunan dan kemudahan serta perngurusan harta benda Universiti termasuk kenderaan Universiti. Pada peringkat awal penubuhan KUKTEM (sekarang ini dikenalai sebagai Universiti Malaysia Pahang) pada tahun 2002, JPPH telah beroperasi pada skala yang kecil dengan fungsinya dijalankan oleh Unit Teknikal & Unit Kenderaan. Kedua-dua unit ini telah melaksanakan semua cabang peranan yang meliputi kerja-kerja awam, elektrik, mekanikal, pengurusan harta & logistik universiti.

Pada tahun 2016, sejajar dengan perkembangan pertambahan bilangan staf dan pembesaran fizikal UMP serta memantapkan lagi struktur organisasinya kea rah pengurusan pembangunan & pengurusan harta yang lebih mampan, maka lima (5) bahagian utama telah diwujudkan iaitu:


i. Bahagian Khidmat Kontrak & Pembangunan

ii. Bahagian Khidmat Teknikal & Penyelenggaraan

iii. Bahagian Pengurusan & Kemudahan Sokongan

iv. Bahagian Khidmat Landskap & Penghijauan

v. Bahagian Teknikal Kampus Gambang